“VALUE ADDED” Pada Perniagaan

Dalam sesebuah perniagaan, strategi “value added” atau nilai tambah adalah sangat penting. Ramai usahawan mahupun syarikat bersaing dengan memberikan “value added” kepada para pelanggan mereka.

Andai kata anda tidak minat untuk membuat “value added” pada perniagaan anda, sudah pastinya perniagaan anda akan sukar untuk “survive” dalam pasaran semasa.

Tanpa “value added” perniagaan kita tidak mempunyai daya saing yang tinggi. Jadi, kita pesaing lain berpusu – pusu gunakan terma “value added” ini, kita sebagai usahawan juga perlu mengambil langkah yang sama juga.

Apa itu “Value Added”?
Jadi, apa yang dimaksudkan “value added”? Bagaimanakah kita ingin melakukan kaedah “value added” ini?

Maksud value added adalah produk kita sememangnya sudah ada nilai. Misalnya kita menjual makanan, kita menjual karipap dan karipap kita sedap, jadinya sedap itu adalah nilai.

Kemudiannya, tidak cukup dengan nilai kesedapan itu, kita tambah lagi dengan nilai lain pada produk karipap itu. Nilai tambahan itu adalah, karipap itu sedap tetapi tidak menggunakan produk penambah rasa dalam masakan. Jadi Pelanggan yang tidak menggunakan produk penambah rasa tersebut akan memilih karipap yang kita hasilkan itu.

Apa itu nilai?
Nilai adalah perkara  yang dimahukan ataupun disukai oleh pelanggan. Contohnya, kita menjual ikan. Kita bukan hanya menjual malah kita berikan “extra mile” dengan bantu siangkan ikan untuk pelanggan.

Pelanggan gembira dan itu adalah value added.
Jadinya, lain pelanggan mahukan lain nilai pada pembelian mereka.
Anda perlu tahu, nilai yang kita tambah itu boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk penawaran. Apa yang penting, pelanggan mahukan nilai itu.

Baik, ini adalah contoh “value added” yang kecil tetapi disukai oleh para pelanggan. ianya kecil je bukan besar pun tindakan yang pemilik lakukan, tetapi ianya memberi kesan kepada pelanggan.

Foto ini misalnya, terdapat tempat simpanan fail atau kertas yang diletakkan pada hujung rak barangan jualan. Apa yang peliknya, ini bukan pusat penyerahan barangan kurier, tetapi ia adalah sebuah kedai buku.

“Extra Mile”
Pemilik peniagaan mengambil langkah “Extra Mile” dengan menyediakan satu tempat yang terdapat semua borang syarikat kurier bagi memudahkan para pelanggannya.

Sebenarnya, jikalau pemilik tidak buat sedemikian pun tidak mengapa, kerana tidak menjejaskan perniagaannya sedikit pun. Tetapi pemilik memberi lebih kepada para pelanggan dengan penyedian borang kurier sahaja.

Value added itu adalah, pelanggan boleh membuat pilihan sendiri samada mahu buku yang dibeli  itu terus dikirimkan menggunakan syarikat kurier pilihan mereka sendiri.

Rumusannya
Gambaran situasi diatas ini nampak seakan remeh sahaja, namun besar impaknya kepada perniagaan kita. Jadi apakah yang anda pelajari daripada kisah ringkas ini?

Perniagaan anda juga boleh memberi lebih jika adanya bimbingan yang betul bagi meningkatkan “value” pada perniagaan dalam pelbagai bentuk.

1 thought on ““VALUE ADDED” Pada Perniagaan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *